Halaman

Khamis, 11 September 2014

Rumah Impianku

TAMAN SATRIA 6 & 8

Pada tahun 2012, saya telah membuat keputusan membeli rumah di kawasan Telok
panglima Garang. Servey punya servey, keputusan telah dimuktamatkan dan yang tepat
untuk membeli rumah teres singgle storey di Taman Satria, Jalan Satria 6 & 8
off Jalan Tanjung, Batu 10 dengan harga yang agak nak naik iaitu RM170K seunit.
keluasan tanah 22 x 65 kaki dan bangunan rumah ini adalah 22 x 38 kaki serta
mempunyai 4 bilik tidur dan 2 bilik air.

Rumah ini telah dibina oleh pemaju, Ehsan Wangi Development Sdn Bhd
yang beralamat di Bandar Bukit Tinggi Klang, Selangor dan Zeta land &
Property Sdn Bhd sebagai agent jualan.
















Gambar 1: Rumah contoh, dalam pembinaan pada tahun 2013.
InsyaAllah, jika tidak ada masalah, dijangkakan  rumah akan siap pada hujung tahun 2014.


KEMUDAHAN BERHAMPIRAN

Taman perumahan ini berdekatan dengan Masjid Nurul Iman Batu 10 dengan jarak 0.5 km
dan SRK & SRA Kebun Bahru dengan jarak 1 km. Klinik Kesihatan kebun
Bahru dengan jarak 0.7 km. SMK Telok Panglima Garang dengan jarak 3.5 km.
Saya rasa amat sesuai bagi yang mempunyai anak yang masih bersekolah dan ingin
ketenagan jiwa serta persekitaran nya ala ala kampung.




Gambar 2: Status terkini pada 10 Jun 2014.
Tunggu kelulusan sijil kelayakan menduduki daripada pihak majlis sebelum pemasangan
meter air dan Elektrik.





Gambar 3:
Ini lah papantanda pada 19 Jun 2014.

PENGENALAN

Rumah kami telah siap dan mendapat kunci pada bulan October 2014. Kami telah
merangcang untuk berpindah dari kuartes kerajaan, Prensint 9 Putrajaya dan akan
menduduki rumah ini pada bulan Disember 2015 iaitu musim cuti sekolah bagi
memudahkan urusan pemindahan anak2 yang bersekolah.

Anggaran jumlah penduduk Taman ini 300 orang iaitu 2 - 7 orang dalam satu keluarga.
Jiran tetangga dan penduduk sekitar sangat mudah mesra dan salin membantu sekiranya
ada kenduri atau masalah berkenaan kemudahan penduduk.